Nilai: Penemuan mayat berulat dipercayai wanita tanpa kepala dan kedua-dua tangan mengejutkan orang ramai sejurus melalui sebuah longkang besar di Taman Desaria, Nilai 3, berhampiran sebuah kilang, di sini, semalam.
Mayat yang ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari itu membuatkan orang ramai panik seketika selepas menghidu bau busuk dari longkang berkenaan.
Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, pihaknya menerima maklumat awam penemuan mayat itu di sebuah longkang sedalam lebih enam meter. Katanya, siasatan mendapati, mayat terbabit ditinggalkan minggu lalu di kawasan lain sebelum dipercayai dibawa arus ke longkang berkenaan berikutan hujan pagi semalam.
“Berikutan hujan lebat pagi tadi (semalam), mayat yang kemungkinan mati mengejut atau sebaliknya itu dibawa arus ke longkang terbabit. “Bagaimanapun, setakat ini kami percaya mangsa meninggal sejak minggu lalu,” katanya.
Ditanya sama ada membabitkan kes bunuh, rogol atau sebaliknya, Mohd Yusoff berkata, ia masih dalam siasatan kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan keadaan mayat yang sudah reput.
Artikel ini disiarkan pada : 25/12/2013 oleh myMetro
Info Gambar: ANGGOTA polis memeriksa lokasi penemuan mayat wanita.
Wednesday, December 25, 2013
Lokasi mayat tanpa kepala dan tangan dijumpai di Nilai 3
Pembunuhan semakin menjadi-jadi di Negara kita saban hari, kini dikongsikan kisah penemuan mayat tanpa kepala dan tangan di Taman Desaria, Nilai 3. Penulis berharap, semua penduduk dan masyarakat berhati-hati dalam berurusan dengan orang yang tidak dikenali.
Berita Tempatan,
Jenayah,
Kematian,
Kes Bunuh,
Kes Bunuh di Nilai,
Nilai 3,
Setempat,
Taman Desaria,
Wanita
About Defarhano VII @ HanZ
Seorang part-time Blogger yang terjebak ke dalam dunia blogging sejak beberapa tahun lalu. Kini kembali aktif membawakan berita-berita setempat merangkumi Nilai, Negeri Sembilan dan perkara-perkara yang dirasakan sesuai untuk dikongsi bersama masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write comments